Sunday, March 20, 2011

Calling all IKRAM Sabah members and reporters!

Sdr/i pemberita dan ahli IKRAM Sabah,

Sila hantar maklumat dan gambar tentang acara-acara anjuran IKRAM Sabah ke ikram.sabah@yahoo.com.my untuk dimuatkan dalam lelaman ini atau Facebook IKRAM Sabah.

b.p. Pentadbir Lelaman dan FB IKRAM Sabah

Wednesday, December 15, 2010

Penubuhan Cawangan QII atau Muassasah al Quds





















Hasil Syura yang penuh dengan barakah telah memutuskan:

Pengerusi QII Cawangan Malaysia: Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir 

Naib-Naib Pengerusi:
1. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS 
2. Dr Farid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM 
3. Dr Chandra Muzaffar

Ahli BOT akan dianggotai oleh sepasukan yang mantap yang akan diumumkan kemudian.



Baca laporan penuh di http://www.facebook.com/note.php?note_id=178731685478056&id=107299275960416&ref=mf

Friday, December 10, 2010

Hijrah Nabi pada Rabi'ul Awal BUKAN Muharram

Penulis ini di lelamannya menulis:

"Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad)."

Baca keseluruhan tulisannya di sini.

Pemuda IKRAM Sabah melangkah ke depan

30 November sebagai catatan pertama. Tahniah kepada pemuda IKRAM Sabah daripada kepimpinan IKRAM Negeri Sabah di atas ketangkasan dan kesegeraan menyediakan saluran informasi. Semoga mendapat keberkatan dan melonjakkan amal. Para pemuda IKRAM Sabah boleh ditemui di sini:

Sunday, November 28, 2010

Cinta Yg Semakin Kabur (3)

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.  Yakni cinta kepada Allah!  Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Dia akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.  Dan hanya dengan memburu cinta kepada Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Cinta itu umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.  Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya.  Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Allah berfirman yang bermaksud:  “Hai golongan jin dan manusia!  Apakah belum datang kepadamu rasul-rasul daripada golongan kamu sendiri yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini?  Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”.  Kehidupan dunia telah menipu mereka dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, baawa mereka ialah orang yang kafir.”  (Surat al-An’am 6:130).

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat yang betul.  Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagian akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita tuai di akhirat.  Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.  Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama disitu… ia hanya jambatan.  Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan.  Rumah kita yang hakiki ialah di dalam syurga.

Jika ada rasa-rasa itu dalam jiwa ketika memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.  Orang yang ada dalam hatinya cinta kepada Allah, sentiasa  ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.  Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.  Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu?  Neraka  dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.  Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya.  Dan hambarnya perbualan di dalam rumah mewah ibarat istana.  Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah s.a.w.  Betapa pun Baginda sibuk, tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah, isterinya.  Betapa besar perjuangannya, tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.  Ketika Baginda kaya, dikorbankannya harta, ketika Baginda miskin, dihadapinya dengan sabar kerana dalam hatinya tetap ada cinta.  Yakni cinta yang lebih besar, cinta kepada Allah!.

Justeru, masih bersinar atau sudah pudar cinta di dalam rumah tangga kita?  Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya.  Ayuh, lihat kembali “dimana Allah” dalam rumah tangga kita.  Di mana solat jemaah, dimana tazkirah, di mana sedekah, di mana bacaan al-Quran….  Di manakah semua “ayat-ayat cinta” itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta semakin mahal, makanan yang semakin lazat, kewangan yang semakin banyak?

Pandang wajah isteri, renung wajah suami.  Tatap lama-lama. Bila kali terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu?  Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kesihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati? Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar mejadi “haiwan berteknologi” dalam belantara dunia materialisme yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan  hati ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya.  Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra dengan hati yang terus berkata-kata, “inilah temanku di dunia untuk menuju syurga!”.

Carilah cinta kita yang semakin kabur.Jangan di biarkan ianya terus hilang.  Insya-Allah  kita temui semula cinta itu di tempat, pada suasana dan pada masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.  Bukankah kita bertemu kerana Allah?  Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?  Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah?

Kembalilah ke sana.  Carilah kekuatan itu semula.  Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya.  Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.  Renungilah mata isteri atau suamimu, carilah cinta itu di situ.  Masih ada?  Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya.  Mari kita gilap semula cinta yang semakin kabur agar ia terus sinar dan menyinari manusia lain!

Friday, November 26, 2010

Tiada apa-apa pada Raya Kurban?

Kata seorang ustaz:

Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.

Baca seterusnya di sini.

Thursday, November 18, 2010

Di sekitar Program Qurban Perdana (3)

Setiausaha Negeri menyelaraskan tugas dengan Ketua Wanita Negeri

Three-in-one: Program Qurban, pemeriksaan kesihatan oleh bakal-bakal
doktor dan mengulangkaji utk peperiksaan di tepi pantai! Semoga
semua usaha diberkati Allah swt.


Acara permainan dan pertandingan untuk anak-anak