Sunday, November 28, 2010

Cinta Yg Semakin Kabur (3)

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.  Yakni cinta kepada Allah!  Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Dia akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.  Dan hanya dengan memburu cinta kepada Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Cinta itu umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.  Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya.  Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Allah berfirman yang bermaksud:  “Hai golongan jin dan manusia!  Apakah belum datang kepadamu rasul-rasul daripada golongan kamu sendiri yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini?  Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”.  Kehidupan dunia telah menipu mereka dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, baawa mereka ialah orang yang kafir.”  (Surat al-An’am 6:130).

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat yang betul.  Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagian akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita tuai di akhirat.  Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.  Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama disitu… ia hanya jambatan.  Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan.  Rumah kita yang hakiki ialah di dalam syurga.

Jika ada rasa-rasa itu dalam jiwa ketika memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.  Orang yang ada dalam hatinya cinta kepada Allah, sentiasa  ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.  Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.  Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu?  Neraka  dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.  Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya.  Dan hambarnya perbualan di dalam rumah mewah ibarat istana.  Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah s.a.w.  Betapa pun Baginda sibuk, tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah, isterinya.  Betapa besar perjuangannya, tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.  Ketika Baginda kaya, dikorbankannya harta, ketika Baginda miskin, dihadapinya dengan sabar kerana dalam hatinya tetap ada cinta.  Yakni cinta yang lebih besar, cinta kepada Allah!.

Justeru, masih bersinar atau sudah pudar cinta di dalam rumah tangga kita?  Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya.  Ayuh, lihat kembali “dimana Allah” dalam rumah tangga kita.  Di mana solat jemaah, dimana tazkirah, di mana sedekah, di mana bacaan al-Quran….  Di manakah semua “ayat-ayat cinta” itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta semakin mahal, makanan yang semakin lazat, kewangan yang semakin banyak?

Pandang wajah isteri, renung wajah suami.  Tatap lama-lama. Bila kali terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu?  Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kesihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati? Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar mejadi “haiwan berteknologi” dalam belantara dunia materialisme yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan  hati ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya.  Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra dengan hati yang terus berkata-kata, “inilah temanku di dunia untuk menuju syurga!”.

Carilah cinta kita yang semakin kabur.Jangan di biarkan ianya terus hilang.  Insya-Allah  kita temui semula cinta itu di tempat, pada suasana dan pada masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.  Bukankah kita bertemu kerana Allah?  Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?  Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah?

Kembalilah ke sana.  Carilah kekuatan itu semula.  Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya.  Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.  Renungilah mata isteri atau suamimu, carilah cinta itu di situ.  Masih ada?  Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya.  Mari kita gilap semula cinta yang semakin kabur agar ia terus sinar dan menyinari manusia lain!

Friday, November 26, 2010

Tiada apa-apa pada Raya Kurban?

Kata seorang ustaz:

Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.

Baca seterusnya di sini.

Thursday, November 18, 2010

Di sekitar Program Qurban Perdana (3)

Setiausaha Negeri menyelaraskan tugas dengan Ketua Wanita Negeri

Three-in-one: Program Qurban, pemeriksaan kesihatan oleh bakal-bakal
doktor dan mengulangkaji utk peperiksaan di tepi pantai! Semoga
semua usaha diberkati Allah swt.


Acara permainan dan pertandingan untuk anak-anak

Di sekitar Program Qurban Perdana (2)

Isi tangki sebelum sinsing lengan utk berqurban!

Sebahagian pihak wanita bersarapan

Meninjau lembu utk qurban

Kerbau untuk qurban

Melapah lembu pertama untuk majlis kenduri

Di sekitar Program Qurban Perdana (1)

 
Arah Kiblat menghadap pantai Kg. Pituru Laut. Solat Eid
berpanorama keindahan pantai anugerah daripada Sang Maha Pencipta!


Imam utk Solat 'Eid berjalan bersama makmum ke lokasi Program Qurban




Menelusuri pantai menuju lokasi Program Qurban

Panorama menghadap laut dari pantai Program Qurban di Kg. Pituru Laut


Wednesday, November 17, 2010

Qurban Perdana 1431H IKRAM Sabah


Banner Program Qurban Perdana IKRAM Sabah 1431H

Gambar beramai-ramai sebahagian petugas, peserta dan penerima agihan Qurban
 

Bersama wakil dan petugas dari Hidayah Centre Cawangan Kota Kinabalu
 

YDP IKRAM Sabah (Dr. Zainal) menyampaikan agihan daging Qurban
kepada wakil Kg. Pituru Darat (bersongkok) disaksikan oleh
AJK IKRAM Sabah (Us. Ismail paling kiri, Sdr. Surahman paling kanan)


Monday, November 15, 2010

Al Jazeera: Islam in the Land of the Rising Sun


Kubo learnt about Islam from
Muslim expatriates in Japan

In a series of special programmes, Al Jazeera follows Muslims from around the world as they embark on the Hajj pilgrimage.(12 Nov 2010)

The road to Hajj in the Land of the Rising Sun begins with the little known fact that there are ethnic Japanese Muslims.

Everyday the call to prayer is made in different corners of the predominantly Buddhist country - unobtrusively within the confines of its 50 or so mosques and approximately 100 musollas or communal prayer rooms.

Twenty-six-year-old Kubo-san prays at a small musolla in the agricultural district of Saitama, about two hours outside the capital, Tokyo.

Built 15 years ago by Bangladeshi workers, Kubo is the only ethnic Japanese in the congregation.

"I was born into a very ordinary Japanese family," he says. "We did not have a strong sense of religion."

Kubo's upbringing mirrors that of many Japanese - their attitudes and philosophy towards life shaped by the ancient religion of Shinto.

Sunday, November 14, 2010

Cinta Yg Semakin Kabur (2)

 Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, mana yang lebih berharga, kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga?  Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumah tangga.

Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus lumus bekerja siang dan malam?  Tentu jawab si suami, “kerana isteri dan anak-anakku” Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawapanya kerana suami dan anak-anak.

Malangnya, kita sering tertipu.  Betapa  ramai antara kita yang telah melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak, semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?  Kita sering terlupa bahawa kemewahan hidup; harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencari matlamat.  Ertinya harta dan segalanya  itu adalah untuk membahagiakan rumah  tangga kita.

Namun apa yang sering berlaku alat  yang menjadi matlamat, matlamat menjadi alat.  Kebahgiaan rumah tangga sering dipertaruhkan dan tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.  Kita bekerja demi anak-anak, tetapi anehnya anak-anak kita abaikan mereka semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar,  Kita terus memburu dan memburu.


Bangun daripada tidur, bergegas terus keluar bekerja. Hampir senja baru pulang.  Tidak cukup dengan itu, ada pula kerja yang kita bawa pulang ke rumah.  Atau kita keluar bertemu pelanggan dalam kerja-kerja “part time”.  Begitulah kita hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.  Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Ketika itu, hati kita masih mampu memberi alasan.  Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam karierku.  Sedikit masa lagi, nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga.  Nantilah, aku akan ini, aku akan itu…  Begitulah selalunya diri kita memberi alasan.  Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah isteri, suami atau anak-anak “berkorban” sementara, nantilah kita akan bahagia!.

Jangan keliru.  Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.  Carilah bahagia yang ada di sepanjang jalan itu dengan sentiasa menggenggam rasa cinta selamanya.  Carilah harta, tetapi genggamlah cinta.  Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya.  Jangan diabaikan cinta itu.  Tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua keadaan.


Antara hukum cinta yang paling diutamakan ialah cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan. Contohnya jangan kesibukan menyebabkan kita jarang memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat “kosmetik”, tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang  dapat dilihat dan dirasa.

Bersambung ............

Cinta Yg Semakin Kabur (1)


Penulisan ini hanya sekadar peringatan buat diri saya. Ianya di tulis berdasarkan satu penulisan yang saya baca dan terasa ianya amat releven buat diri saya. Di akhir penulisan ini nanti di harap kita semua dapat menggilap semula cinta yang dah mula kabur sehingga ianya bersinar kembali. Kepada Allah kita serahkan segalanya. (Oleh: ARMA)


Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria.  Penuh dengan gurau mesra.  Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.Begitu juga dengan mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Walaupun pendapatan tidak lah sebesar mana namun mereka masih mampu tersenyum mengharungi bahtera rumahtangga dengan bahagianya.

            Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.  Ada masa mereka makan bersama, ada masa solat berjemaah.  Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.Kalau berbual,penuh dengan kata pujian dan semangat dan ada tikanya kata-kata kasih sayang.

            Bagi pasangan ‘dakwah’ ketika mula mendirikan rumahtangga memang bersemangat dalam membina keluarga ‘duat’.Tiada waktu yang lapang, melainkan di isi dengan aktiviti usrah,tazkeerah, qiam, tamrin dan sebagainya

Beberapa tahun berlalu, perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.  Bagi mereka yang bekerja,kini telah mula menduduki posisi penting dan tanggungjawab semakin tinggi seiring dengan tingginya gaji yang di dapati.Menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami ada kalanya pulang lewat petang.  Si isteri pula yang memulakan perniagaannya sendiri, juga saban hari semakin sibuk.Bagi yang bekerja,masa bekerja mula mencemburui mereka. Kekadang terasa masa bekerja berlalu begitu pantas sehingga terpaksa mengambil masa tambahan.Alhamdullilah, keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.  Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih selesa dan memiliki beberapa buah kereta.Suami satu kereta dan isteri kereta lain. Ada tikanya anak-anakpun terpaksa di sediakan kereta lain.

Entah kenapa , kemesraan yang dibina dahulu semakin hilang.Tiada lagi gurau senda,tiada lagi kata-kata semangat dan tiada lagi ayat-ayat cinta. Si suami tiada masa untuk tanya khabar si isteri dan si isteri pula ambil tak kisah kerana tak mahu menganggu tumpuan nya nanti.  Suami semakin sibuk dengan rakan perniagaan dan para pelanggannya. Bagi yang dah jadi bos dlm tempat kerja,mereka lagilah sibuk.Meeting sini sana ,malam pula penuh dengan temujanji.  Si isteri pula sibuk mempromosikan produk jualannya. Ada masanya si isteri pun akan lebih sibuk dari suaminya yang dah sibuk.Kalau dulu bekerja di waktu pejabat sahaja,kini terpaksa bekerja di luar waktu pejabat.

Kalau dulu si suami dan isteri bagaikan merpati sejoli,kini masing-masing membawa diri dengan hal dunia masing-masing. Kalau adapun kemesraan,mungkin di waktu cuti atau di hujung minggu . Anak-anak pula semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan ibu bapa mereka. Anak-anak hari ini,malam bagaikan siang untuk mereka dan siang mereka di penuhi dengan aktiviti tidur. Solat berjemaah dan makan bersama yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.  Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan keluarga.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama  kita akan kehilangan sesuatu.  Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.  Dalam hal ini, pesan bijak pandai, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari – kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Bersambung………..

Monday, November 8, 2010

Solat 'Eidul Adha dan Qurban 1431H

Program Solat 'Eid diikuti dengan acara penyembelihan lembu qurban anjuran bersama penduduk Kg. Pituru Laut, Kota Belud dan IKRAM Sabah akan dilangsungkan pada 17 November 2010.

Aturcara tentatif adalah seperti berikut:

  • Ketibaan para peserta di lokasi Program
  • Solat 'Eid dan Khutbah (diimamkan oleh Us. Saifulzaman Sanggul, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Sabah)
  • Acara penyembelihan tiga ekor lembu, melapah dan pengagihan daging qurban
  • Gotong-royong memasak dan penyediaan jamuan 'Eidul Adha
  • Solat Zohor
  • Bersurai
Masa sebenar setiap acara tertakluk pada perubahan yang munasabah.

Sunday, November 7, 2010

Penubuhan Unit Media IKRAM Sabah

YDP IKRAM Sabah dijangka akan mengumumkan penubuhan unit tersebut yang bertujuan meningkatkan kemahiran ahli dan sahabat IKRAM dalam memanfaatkan media untuk tujuan interaksi dan dakwah di kalangan masyarakat. 

Beberapa jenis program akan dilaksanakan seperti kemahiran memblog dan pengendalian lelaman, teknik fotografi dan videografi, penerbitan berita dan penulisan dsbnya. Tenaga pengajar dan pemudahcara akan dijemput dari kalangan kakitangan IPTA tempatan seperti UMS, UiTM dan Politeknik Kota Kinabalu.

Perutusan YDP IKRAM Sabah bersempena 'Eidul Adha 1431H

Assalamu 'alaikum & Selamat Datang ke lelaman IKRAM Sabah. Kami mengalu-alukan semua teguran dan saranan dari saudara-saudari semua.

Bersempena Hari Raya Qurban pada 17 November 2010 ini, Jawatankuasa IKRAM Negeri Sabah mengucapkan 'Eid Mubarak kepada saudara-saudari Muslimin semua. Sukacita juga kami menjemput saudara-saudari meraikan Majlis Qurban anjuran bersama IKRAM Sabah dan penduduk Kg. Pituru Laut, Kota Belud bermula jam 7:30 pagi pada hari itu.

Prof. Madya Dr. Zainal Arifin Mustapha
 YDP IKRAM Sabah

Nyanyian dan muzik (2): Jenis skala muzik



Satu lagi dari aspek time frame nya, muzik telah pun diterokai awal oleh muslim... Lebih kurang 1000 tahun, sebelum barat mula mengenali muzik, bermula pada Renaissance dan abad ke 17.


Muzik secara teorinya berasaskan skala. Skala-skala ini, yang rata-rata diajar disekolah muzik adalah skala barat (Western Scale),  dimana tertakluk kepada 12 note.


Disebalik skala barat ini, ada lagi skala-skala lain yang agak terpencil. Skala yang 'terpencil' ini, maksudnya tidak di ajar secara meluas dan tidak berada dalam silibus ABRSM. Skala tersebut adalah Skala Arab, dan yang lain-lainnya skala China, Jawa dan Bali.


Dalam banyak-banyak skala 'terpencil' ini, skala Arab yang paling sistematik, mempunyai teori dan caranya yang tersendiri. Manakala Skala Cina, masih boleh di adaptasi ke atas alat muzik moden (seperti piano & gitar), dan skala Bali, tidak mempunyai pecahan-pecahan skala improv (improvisasion scale).

Manakala bagi skala arab, secara umumnya, terpecah kepada 7 (lebih kurang sama dengan taranum), iaitu Bayati, Nahwand, Hijaz, Sikah, Ajam dll... Dan 7 skala ini masih mempunyai anak-anaknya.

Utk baca seterusnya klik di sini.

Nyanyian dan muzik (1): Suatu wasilah pengubatan?

Fenomena "nasyid-nasyid Islami" berupaya mencorak citra pendengarnya.  Kedatangan Maher Zain ke Malayisa yg membawa lagu-lagu "Islami" utk konsert Save the Soul beliau baru-baru ini (Okt 2010) dikatakan telah membawa kesan yg positif ke atas pendengar-pendengar dari pelbagai peringkat umur. Namun demikian, benarkah nyanyian dan muzik boleh mengubati jiwa?

Pengendali (Admin) lelaman ini belum yakin berupaya memberi jawapan yang menepati kehendak Islam. Lagipun terdapat beberapa perspektif yg ada kalanya bercanggah di antara satu sama lain. Ada yg bersifat "terlalu liberal" manakala ada pula yg terlalu keras tentang boleh-tidaknya menyanyi diiringi dgn iringan muzik. Tuan/puan bolehlah membaca dan cuba menilai pandangan-pandangan yg diutarakan misalnya di pautan ini Irama Mengubati Jiwa.

Apa itu IKRAM?

Sila ke lelaman induk IKRAM di: