Sunday, November 14, 2010

Cinta Yg Semakin Kabur (1)


Penulisan ini hanya sekadar peringatan buat diri saya. Ianya di tulis berdasarkan satu penulisan yang saya baca dan terasa ianya amat releven buat diri saya. Di akhir penulisan ini nanti di harap kita semua dapat menggilap semula cinta yang dah mula kabur sehingga ianya bersinar kembali. Kepada Allah kita serahkan segalanya. (Oleh: ARMA)


Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria.  Penuh dengan gurau mesra.  Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.Begitu juga dengan mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Walaupun pendapatan tidak lah sebesar mana namun mereka masih mampu tersenyum mengharungi bahtera rumahtangga dengan bahagianya.

            Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.  Ada masa mereka makan bersama, ada masa solat berjemaah.  Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.Kalau berbual,penuh dengan kata pujian dan semangat dan ada tikanya kata-kata kasih sayang.

            Bagi pasangan ‘dakwah’ ketika mula mendirikan rumahtangga memang bersemangat dalam membina keluarga ‘duat’.Tiada waktu yang lapang, melainkan di isi dengan aktiviti usrah,tazkeerah, qiam, tamrin dan sebagainya

Beberapa tahun berlalu, perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.  Bagi mereka yang bekerja,kini telah mula menduduki posisi penting dan tanggungjawab semakin tinggi seiring dengan tingginya gaji yang di dapati.Menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami ada kalanya pulang lewat petang.  Si isteri pula yang memulakan perniagaannya sendiri, juga saban hari semakin sibuk.Bagi yang bekerja,masa bekerja mula mencemburui mereka. Kekadang terasa masa bekerja berlalu begitu pantas sehingga terpaksa mengambil masa tambahan.Alhamdullilah, keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.  Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih selesa dan memiliki beberapa buah kereta.Suami satu kereta dan isteri kereta lain. Ada tikanya anak-anakpun terpaksa di sediakan kereta lain.

Entah kenapa , kemesraan yang dibina dahulu semakin hilang.Tiada lagi gurau senda,tiada lagi kata-kata semangat dan tiada lagi ayat-ayat cinta. Si suami tiada masa untuk tanya khabar si isteri dan si isteri pula ambil tak kisah kerana tak mahu menganggu tumpuan nya nanti.  Suami semakin sibuk dengan rakan perniagaan dan para pelanggannya. Bagi yang dah jadi bos dlm tempat kerja,mereka lagilah sibuk.Meeting sini sana ,malam pula penuh dengan temujanji.  Si isteri pula sibuk mempromosikan produk jualannya. Ada masanya si isteri pun akan lebih sibuk dari suaminya yang dah sibuk.Kalau dulu bekerja di waktu pejabat sahaja,kini terpaksa bekerja di luar waktu pejabat.

Kalau dulu si suami dan isteri bagaikan merpati sejoli,kini masing-masing membawa diri dengan hal dunia masing-masing. Kalau adapun kemesraan,mungkin di waktu cuti atau di hujung minggu . Anak-anak pula semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan ibu bapa mereka. Anak-anak hari ini,malam bagaikan siang untuk mereka dan siang mereka di penuhi dengan aktiviti tidur. Solat berjemaah dan makan bersama yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.  Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan keluarga.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama  kita akan kehilangan sesuatu.  Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.  Dalam hal ini, pesan bijak pandai, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari – kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Bersambung………..

No comments:

Post a Comment